GILA TV kali ini ingin mengupas satu topik yang berat sekali disini, Dengan teknologi yang ada manusia pun pandai buat macam-macam dengan mencuri harta intelek orang (Hasil kerja orang lain) dengan secara haram. Pada zaman sekarang ini orang berfikiran televisyen langganan agak mahal Seperti Astro yang kerap ulang tayang rancangan yang sama berpuluh-puluh kali dan bila hujan terputus siaran dari situ lah manusia mencari jalan mencipta aplikasi IPTV haram dan gunakkan medium peranti Android seperti Android Box unutk menjalan perniagaan IPTV secara haram.

APA ITU IPTV?

IPTV bermaksud Internet Protocol Television atau dalam bahasa melayunya Televisyen Protokol Internet dengan ini sambungan internet yang kuat untuk mendapatkan sesuatu siaran televisyen untuk di tonton. Di Malaysia IPTV yang sah di sisi undang-undang Malaysia hanya UniFi TV dan Astro IPTV sahaja.

IPTV HARAM?

Apa itu IPTV Haram, IPTV Haram itu bermaksud kepada mereka yang mencuri siaran televisyen dari stesen televisyen berbayar kemudian mereka ini membuat pakej yang murah dan mampu untuk pengguna membeli dengan mudah serta pakej VIP yang mereka kenakan dengan harga yang di masuk akal (MURAH!!!) dengan bayaran Lifetime (Seumur hidup) yang penting pengguna kena ada capaian atau sambungan internet Fibre yang kuat untuk menonton IPTV.

Contoh SyberTV (IPTV Haram)

SyberTV adalah satu contoh pengeluar IPTV Haram yang ada selain SyberTV pun ada, Di Shopee berlambak jualan Akaun VIP atau untuk bayaran 6 Bulan. Selalunya SyberTV perlukan Android Box untuk mereka menonton SyberTV dengan capaian internet yang tinggi.

berlambak akaun SyberTV yang dijual di Shopee semua dihujung jari kepada mereka yang tak suka subscribe Astro .. katanya yuran langganan agak mahal.

Salah satu harga yang diletakkan untuk 6 Bulan RM 75 sahaja … mereka ini membuat seperti ini tanpa ada rasa takut pada undang-undang Malaysia sepatutnya Kerajaan Malaysia bersama Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia memandang berat kepada isu IPTV Haram ini. bagi GILA TV tak perlu pun ada servis IPTV Haram ini di Malaysia sebab Hak Intelek senang-senang di lanun dan dicuri sebegitu rupa.

ANDROID BOX?

ANDROID BOX ialah peranti pintar berbentuk Set Top Box yang ringkas dan banyak bentuk, jenis dan jenama dipasaran malah di Shopee, Lazada dan kedai atas talian dan boleh didapati dengan mudah dan murah. Android Box lah yang akan digunakkan untuk mereka yang ada televisyen biasa yang tak ada fungsi Android untuk bagi jadi macam SmartTV. Android Box pun boleh tonton YouTube, Netflix dan banyak lagi perkhidmatan strim atas talian yang lain. Android Box perlukan Capaian internet yang laju untuk menonton Kandungan atas talian. Di Malaysia, Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia hanya memperakui Peranti Android Box sahaja bukannya aplikasi IPTV HARAM.

HONORABLE MENTION

Bagi Honorable Mention dalam kali ini:-

Lemlive adalah salah satu IPTV Haram yang boleh didapati di Android Box dan Di Malaysia, Lemlive boleh didapati di Long TV.

Penat lah GILA TV menerangkan apa itu IPTV HARAM! dengan panjang lebar dalam entri kali ni. ini semua di tangan pembaca GILA TV fikir lah yang mana baik dan buruk. nak kena tangkap gunalah IPTV HARAM ni …. Malaysia dah banyak option kalau tak mampu pakai astro boleh je guna NJOI atau MYTV. NJOI lebih meluas kandungan dan siaran Televisyen dengan option Prepaid.

FOLLOW, LIKE, KOMEN DAN JANGAN LUPA SHARE.

FACEBOOK GILA TV: https://www.facebook.com/GILA-TV-170534754572193

INSTAGRAM GILA TV: https://www.instagram.com/gilatv_my/